Assalamualaikum…
Alaaaaahai!!!! Dah lama tak update blog bucuk2 nih…
Thanks to those yang masih sudi berkunjung ke blog ibu nih
^_^
tahun baru ni tak sempat langsung nak mengarang,
banyak bebeno benda nak kena buat…
petang ni dah lenang2 sikit,
ibu nak tulis pasal persekolahan dak kakak
sebagai kenang-kenangan…
Cerita dah sedikit basi
tapi ibu nak jugak tulis,
at least apa yang ibu tulis ni
kakak boleh baca sendiri bila dah besar esok..
inshaaAllah jika dipanjangkan umurmu sayang..
Sabtu 29Disember2012
Hari orientasi skolah kakak… ^_^
incik ayah sanggup ponteng kelas demi anak kesayangan dia
^_^
dah lama dia tunggu saat2 nak menyekolahkan anak bertuah dia
tu ^_^
dak adik pulak asyik sentap memanjang…
dari pagi lagi buat hal..
nak pakai baju skolah jugakla,
nak pakai kasut skolah jugakla,
nak pakai beg skolah jugakla…
macam2 hal dia sorang ^_^
Lepas perhimpunan dak kakak dan kawan2 terus masuk kelas ^_^
Kelas dah bagi awal2 lagi… ada 5 kelas semuanya…
mcm tahun2 lepas ada ujian untuk menentukan kelas
tapi tahun ni ujian tu akan dibuat selepas 3minggu diaorg
belajar…
lepas ujian nanti barulah dapat kelas sebenar…
Siap berpimpin tangan lagi tu ^_^
Lepas anak2 masuk kelas,
ibubapa pulak diberi taklimat
mengenai sistem baru pendidikan untuk anak2 tu nanti…
Lepas taklimat, ibu bapa dibenarkan
ke kelas anak masing2
utk membayar yuran ^_^..
Masa ni ibu tengok kakak kemain lagik kyusuk mewarna ^_^
Dah nampak ibu…
time ni ibu pulak yg
terharu tak memasal…
bergenang je kelopak mata
ni…
dah besor anak ibu…
mampu ke kakak nak harung semua cabaran2 ni…
hati ni takpernah bhenti berdoa utk korang berdua sayang…
Dak adik yang tak abis2 sentap…
Nangis sebab nak kertas warna sama dengan kakak ^_^
Alaaaahai adik… ^-^
Lepas bayar yuran..
Gi ambik buku teks pulak ^_^
Kakak dan buku2nya ^_^
Selesaila sudah hari orientasi untuk kakak ^_^
---------------------------------------------
2 Januari 2013
bermulalah rutin kakak bgelar seorg pelajar skolah rendah
^_^
Alhamdulillah setakat ni takde masalah..
Semuanya berjalan lancar..
Semoga Allah sentiasa
permudahkan setiap langkah dalam hidupmu sayang…
Hari pertama persekolahan…
Dah tukar dok depan pulak ^_^
Lepas kakak masuk kelas
ibu & ayah pi hantar adik ke tadika
pastu gi meronggeng2 ler kejap sementara tunggu
waktu rehat dak kakak….
Kul 10…
Dah tiba waktu rehat…yeayyyy!!!
Hari ni ayah ajar kakak beli makanan kat kantin..
Pagi2 breakfast kat rumah anak2 takmo makan berat…
Diaorg mkn biskut petak cicah milo je…
Takpun roti cekelat gardenia tu hah…
alaaaahaiii risau ibu, takut diaorg lapo…
sib baik rehat kul 10pagi,
masa tu diaorg dah lapar, banyak la makan tu kang ^_^
tadika dak adik pulak kul 9.30 makan pagi,
tak sempatla dia lapo kot..heheee
tapi takpelah janji pegi skolah perut dah beralas ^_^
Janji dia dapat makanan ^_^
Tapi alhamdulillah, setakat hari ni dia bolehla manage duit
tu…
Siap ada baki duit syiling stiap hari..heeee…
Tu ler anak bapak ^_^
Hari pertama skolah ni dah anto adik gi tadika,
bolehla bagi perhatian lebih sikit kat kakak ^_^
Hari pertama dak kakak beli nasi lemak dengan air milo
Nasi lemak 80sen
Air milo 80sen..
Tengahari, abis skolah..
Ajar kakak tunggu van transit datang ambik…
Opis ibu dengan ayah jauh dr skolah kakak..
Tengahari tak blh nak ambik kakak balik skolah n
hantar gi skolah agama…huhuuuu…
Sedih jugak tgk member2 yg rumah dekat blh ambik anak blk
skolah..
Ibu takleh buat camtu..huwaaaa…
Kesudahannya, kenalah hantar dak kakak ke transit…
Transit yg ibu pilih ni milik owner yg sama dengan tadika
dak adik…
owner transit (cikgu fiza) dah pesan tak bagi keluar dari
kawasan skolah,
kena tunggu kat dalam
Dia dah tetapkan satu tempat khas utk bebudak transit tunggu
^_^
Tu dak kakak dah berpimpin tangan dengan cikgu fiza ^_^
Alhamdulillah lega hati ni…
lega rasanya tengok pengurusan transit ni…
Semoga tersusun rapi mcm ni sampai bila2 ^_^
Satu utk anak2 tahap 1
dan satu lagi utk anak2 tahap 2 ….
Kakak naik dengan cikgu fiza ^_^
Walaupon ibu dan ayah ada skali masa ni tapi
Kitaorg lepaskan kakak naik van transit
supaya dia belajar
balik sendiri ^_^
Hari pertama ni kakak terus balik ke tempat transit
dan bersiap2 kat situ utk ke skolah agama pulak ^_^
Petang kul 6.30 balik skolah agama barulah bersua muka semula
dengan dak kakak…
Alaaahaiii tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu…
ni hari pertama balik dari skolah agama...
terus flat ^_^
bagilah dia lelap 10minit pastu kejut mandi n gi ngaji pulak...
alhamdulillah minggu ni dia dah lali dengan kepenatan tu ^_^
takde dah sampai tertidur macam ni ^_^
tapi tidur malam, masuk bilik
letak je kepala atas bantal
dia terus lena ^_^
takde dah nak bergusti dengan adik dulu..
takde dah nak kena jerit suruh senyap dulu..
heheee...
sian anak ibu ^_^
Kak,
Kakak dah besar…
Kakak belajar rajin2 ye…
InshaaAllah
setiap saat
setiap waktu
Ibu sentiasa berdoa
Doa ibu segala-galanya yang baik2 utk kakak dan adik...
Ibu sayang kakak…
..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..





















alahaiii.. kesiankan tgk dia kepenatan cam tuh.. takpe lah.. mungkin x biasa lagi dgn sekolah nonstop, pagi petang~
ReplyDeletedoa kita sentiasa mengiringi mereka kan~
zaman tadika lepas abis kelas boleh tido..
Deleteskrg takde dah masa nak tido siang ^_^
tulah..tak putus2 doa kita utk anak2 kan ...
anak akak ..next year darjah 1.. cam berdebar plak...
ReplyDeleteAqilah saya dah lepas...
Deletetahun depan aqilah akak pulak..heheee..
debaran excited campur terharu tu kak..saya dulu pun mcm tu jugak ^_^
dah besar dah kakak..syok kan as..baru 30thn anak dah darjah satu..tak lama lagi bila remaja..jalan sama-sama orang cakap kakak dan adik pulak..hihi ^____^
ReplyDeletep/s~acik happy for you kakak..mesti kakak ni jenis kuat semangat kan..tak nangis kan..semoga kakak belajar rajin-rajin dan jadi kebanggaan ayah dan ibu..muah untuk kakak
tima kasih acik angah ^_^ doakan kakak jadik pandai macam acik angah taw ^_^
Deletebudak2 zaman skrg mmg dah tak nangis kot ngah, tak mcm zaman dulu2..heheee