Tuesday, November 29, 2011

bersantai hujung minggu di gelanggang boling ^_^















xtvt sepanjang cuti yang panjang kali ni (cuti hujung minggu + cuti tahun baru 1433H) semuanya ikut permintaan dak kakak ^_^ permintaan yang yang asyik ditunda2 oleh si ayah ^_^ puashati dak btuah dua org tu dapat tawaf kota Melaka kali ni ^_^ balas dendam sbb hujung minggu asyik memerap rumah nenek je ^_^

hari Sabtu ~ bowling kat MIBC… dah lama kakak merengek2 nakgi main bowling ^_^
Adik pun dah pandai nak main bowling jugak ^_^ ibu takde peluang langsung nak main, bagi anak2 jelah ^_^ kasut ibu tu mmg dari mula sampai abis main, adik je yang pakai ^_^
2 3 pin je pun yang jatuh tapi dia punya excited ngalahkan org strike ^_^
Dak adik pun sama… 1 pin jatuh pun dah melompat2 sakan ^_^

Yuhuuuuuu ^_^ teramat bahagia tgk si anak bahagia mcm tu skali…heheee…
menari2 pulak ^_^
Yeahhhhhhh ^_^
Dak kakak terlebih seronok tgk adik dia berjaya menjatuhkan 1 pin ^_^
Alamakkkkk!!!! Adik punya bola udah masuk longkang la… semua org tumpang sedih kat si adik la sampai terduduk mcm ni ^_^
Alamakkkkkk!!!! Camana blh kalah dgn ayah ni ^_^ heheee…
Dah abis game ^_^ tgk org sekeliling ajelah… dak btuah dua org ni laju bebeno main, tu yang cepat abis tu…belum sempat mesin tu nak susun bola lagi diaorg dah nak baling ^_^
Pas main, gi mamam aiskrim pulak ^_^ yeayyyyy!!!!!
ayah punya aiskrim roti ^_^ nyum…nyumm^_^
Nak balik dah ^_^
Peaceeeeeeeeeeeee…. Papaiiii ^_^

Psssstttttttttt : esok cuti lagi, maklong, paklong & sepupu sepapat kakak nak dtg Melaka ^_^ dari semalam lagi dak kakak selang seminit dok tanya bila sepupu sepapat dia nak sampai ^_^ over teruja dak btuah sorang tu ^_^

Friday, November 25, 2011

dak adik demam pulak...alahaiiii...


Hari rabu lepas adik demam tapi takla panas sangat, suam2 kuku je, demam sbb adik batuk2 kot … tengahari rabu tu dalam kul 12 ibu call teacher adik, dia kata adik ok je, badannya dah tak panas lagi lepas makan ubat tu..adik pun tgh lena tido masa ibu call…alhamdulillah lega rasanya dengar mcm tu..

Tup tup kul 3lebih teacher adik call bgtau bdn adik panas sangt… alahai risaunya hati… masa tgk no tepon skolah adik tu pun ibu dah debar2 dah… dah tau adik macam tu sepantas kilat ibu mintak nak balik dgn bos …

Kebetulan pulak hari tu ayah ada meeting kat KL, lagilah susah hati…meeting pulak petang, confirm sampai rumah lewat…

Pas ambik kakak, terus bergegas ambik adik pastu balik rumah kejap ambik buku klinik adik, dah settle semua terus gi klinik panel kat Alor Gajah…
Dak btuah kat klinik ^_^

Alhamdulillah doc kata paru2 adik ok, ibu paling risau kalau adik demam panas disebabkan batuk, sbb adik ada sejarah percutian 8hari7malam kat wad angkara bronchopneumonia masa kecik2 dulu… takut sejarah berulang… adik ni kalau batuk mesti dtg skali dengan kahak yang hebat2, siap berbunyi2 lagi… tapi bila dia dah besar ni okla sikit sbb tiap kali dia batuk ibu cepat2 mintak dia ludahkan kahak tu, tapi ikut angin la jugak, kalau angin baik, dia ludah, kalau angin ke laut takdela dia nak ludah…
Dak demam nak mamam kekci katanya ^_^ layankan ajelah ^_^ org demam tgh mengidamla katakan ^_^ terus call ayah bgtau kitaorg melepak2 kat kfc Alor gajah dulu sekejap ^_^
Dak btuah yang tak demam ni pun mengidam jugak ^_^
ibu punya cheesy wedges ^_^ nyum…nyum ^_^
Tgh ibu sibuk2 angkut beg yang berbondong2 masuk dalam rumah, dak btuah ni sempat lagi lari masuk rumah ambik menda alah menan stetoskop si kakak ni ^_^ dan dan tu dia dtg tekap kat lutut ibu ^_^ katanya “ebu emam eee”(ibu demam ni) ^_^ hebat kamu nak, tekap kat lutut aje dah tau ibu emam ye, takyah guna thermometer lagi dah ^_^ teringin la tu, slalu tgk kakak je yg check anak katak dia dengan menda alah ni, kali ni adik dah tak tahan nak guna ^_^ time doc merawat, dia diam je, dia perhati je apa doc tu buat kat dia.. hah!!! balik rumah terus geledah bakul mainan cari stetoskop kakak ni ^_^
Semoga cepat sihat ye sayang…

Dan semalam ibu cuti sbb nak jaga adik, tak sampai hati nak hantar nursery…kalau gi keje pun hati tak senang, asyik ingat dia aje… semalam sepanjang hari ok, tapi petang tu demam balik.. pagi tadi suam2 kuku lagi… hari ni pun dtg keje dengan hati yang tak berapa senang… kul 12 tadi dah call teacher adik, adik ok stakat ni, tapi takut jadi mcm hari rabu tu jugak, pagi ok, dah petang demam balik..huhuhuuuuu susah hati, rasa mcm nak call sejam skali je…

Wednesday, November 23, 2011

buahtangan dari kampung ^_^

setiap kali balik kampong wajib bawak balik buahtangan ni ^_^ sup bunjut yg bersiap sedia nak terjun mesin basuh ^_^


---------------------------------------------------------

Minggu lepas tersangatla meriahnya balik umah nenek sebab………..


Sebab adik dapat kawan baru kat rumah nenek ^_^ nenek sekarang dah menjawat jawatan sbg baby sitter pulak ^_^
Dah sama besau dak adik dgn dak ecah ni… sorang 2 tahun, sorang lapan bulan^_^
Ecahhhhhhhhhh…gerammmmmm…abis lunyai ibu kerjakan peha kfc dia nih ^_^

Tuesday, November 22, 2011

Malam graduasi skolah kakak ^_^

Malam Khamis lepas skolah kakak buat hari gradusi tadika… masa dapat surat jemputan tu lagi ibu dah tak sabar nak pegi… mula2 program ni jatuh hari cuti yang ayah sepatutnya ada kelas… aduhhhh fening sekejap… ayah sampai sanggup nak ponteng kelas semata2 nak bagi sepenuh sokongan utk anak btuah dia tu…tambah pulak teacher kakak kata kakak banyak ambil bahagian, makin meluap2la rasa nak pegi tu…1st time la katakan, mmg teruja sgt2 ^_^ jakunnnn…heheee…

Tapi nasib baik tarikh tu ditukar & dibuat malam ^_^ alhamdulillah senang hati kami dengar ^_^
Mula2 sampai…Bawak adik dia masuk surau @ bilik persalinan ^_^





Tips ^_^ : Abg2 kalau nak ngorat kakak, kenala ngorat adiknya dulu kan ^_^
Abg2 dah berjaya mencuri hati si adik ^_^
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorg ustaz pastu diteruskan dengan bacaan Quran oleh salah seorg pelanjar transit skolah ni… sejuk hati ibu walaupun anak org lain, tapi ibu tumpang bangga ^_^ hopefully suatu hari nanti kakak pun boleh baca Quran dengan tajwid skali ^_^
Masa utk naik pentas ^_^…dak btuah tu senyummmmm aje dari mula naik pentas lagi, siap babai2 & jerit panggil ibu, ayah & adik ^_^ mula2 ibu ingatkan dia takut sbb dia penah cakap kat ibu dia malu nak naik pentas…ibu pun tak kisah kalau kakak malu2 kucing2 ke, tersipu2 malu ke sbb ibu sendiri jenis yang paling tak suka naik pentas, segan & takut2 naik pentas ^_^ tapi tak sangka dia ok je, dia senyum je, mungkin sebab kakak excited naik pentas beramai2 dengan kawan2 dia kot ^_^
Persembahan mula2 lagu Negaraku & Melaka Maju Jaya ^_^ pastu diaorg duduk bersila utk hafazan surah2 pendek & doa2 pendek ^_^
Persembahan diteruskan dengan phonics song & 2 3 jenis lagu lagi ^_^ phonics song ni lagu pebret kakak, biasanya kalau kat rumah kakak siap dengan gaya skali tapi kali ni pergerakan terbatas, malu meoww2 kot, aura pemalu mak dia ada jugak sikit dalam diri dia tu ^_^ Kena pulak time tu mic betul2 kat mulut dak btuah tu… bergema seluruh dewan dengan suara dia yg originally lantang&kuat menjerit tu ^_^ kakak jadik lion masa ni ^_^ aduhhai over terharu tgk anak sendiri buat persembahan depan mata…. Anak yg dulu besar tapak tangan, dah besar rupanya, dah ada kat pentas mhiburkan ibu & ayah… hari2 gaduh dgn dia, tak sedar yg dia dah makin berdiri atas kaki sendiri… Ya Allah lindungilah dia walau di mana dia berada Ya Allah…
Pastu story telling pulak ^_^ kali ni kakak jadik duck..kwek..kwek… ^_^ Ehhhh!!!! boleh pulak itik dgn ayam jantan tu berdeting kat pentas ye ^_^
Layan lagu rasa sayang & pantun 4 kerat abag2 & kakak@ transit ^_^
Adussss dah btuah dah mulakan aksi overrr masa lagu ni, ilang dah sikit malu meow2 tu kot, dah mesra pentas la katakan… kakak punya gaya adalah gaya terover di abad ini ^_^ heheee…
Adik pon nak join kakak di pentas…dari mula naik pentas lagi dia ajak adik naik pentas…takleh berjauhan langsung ngan adik dia tu ^_^ mana2 pegi nak berkepit aje, almaklumla kat rumah adik la peneman dia kemana2, nakgi minum air, adik teman, nakgi tandas, adik teman, almaklumla aura penakut mak dia terlekat dalam diri dia kot ^_^ heheee…
Masa ni fashion show anak 1 Malaysia…parents kena siapkan anak masing2… huhuhu masanya 10 minit aje…ibu buat sorang je sbb ayah entertain adik, kalau adik masuk skali, mahunya dia ngacau aje ^_^ dah nak abis spuluh minit tu ibu tak sempat nak gayakan aksesori kat kepala kakak, padahal semuanya ada ^_^ sib baikla teacher zu nampak, dia kata rugila tak siapkan, nanti markah kurang, dia sempat tolong pasangkan ada satu menda alah tu je kt dahi kakak, subang dgn yang gantung blkg rambut tu semua pun dah tak sempat sbb MC dah panggil…nasibla sayang, ibu sendiri pon fail bab bergaya sakan ni, inikan pulak nak siapkan anak btuah ibu tu..heheee…tapi kakak bernasib baik, dapat jugak no 2…alhamdulillah ^_^
Last skali sebelum balik…lagu satu Malaysia ^_^ hari2 dok berkonsert kat rumah dengan lagu ni ^_^

Alhamdulillah selesai sudah sesi persekolahan kakak tahun ni….tak sabar nak tunggu tahun depan…. Tahun depan InsyaAllah kakak pakai jubah ambik sijil pulak ^_^ over tau ibu kamu kakak ^_^ ibu tgh jakun tgk kamu kat pentas sayang ^_^ ibu seronok sangat tgk persembahan kakak&kwn yang sgt suci murni tu ^_^

Tima kasih kakak ^___^ ibu sayang kakak ^_^


Monday, November 21, 2011

makan free lagi ^_^



hari Khamis lepas ibu gi sini, dapat makan free, kalau hari2 mcm tu kan best...makin sihat badan ni hah ^_^


majlis sempena persaraan salah sorang staff kat opis ni... staff bersara aje dapat mkn kat hotel, kalau setakat bertukar pindah randah tu makan2 kat opis aje ^_^


suasana cun ^_^


geng bising ^_^



aduh pipi pau, bila kamu mau kempis?????? ...

Friday, November 18, 2011

besday party adik kat skolah ^_^

hari ni ngantuk sangat2...skrg nakgi surau nak tido ^_^ semalam skolah kakak ada malam penyampaian hadiah dan konsert...balik rumah dah lewat...tido pun lewat... minggu depanla cite pasai konsert kakak...hari ni tepek gambar besday adik kat skolah smlm ^_^ ngantuk sangat ni...nakgi tido dah..huhuuuu






aksi kakak semalam... ^_^ nak menitik airmata tgk anak ibu dah besar rupnya ^_^