Bismillahhirrahmanirrahhim…..
SALAM NUZUL AL-QURAN
Alhamdulillah cuaca sempena hari turunnya surat cinta dari
Allah ni sangat-sangat sejuk dan nyaman.. besarnya nikmat yang Allah beri...
moga
kita semua terus diberikan kekuatan untuk sentiasa berdamping dengan kitab suci
Al-Quran - kitab petunjuk di kala susah dan senang juga penawar saat dada sesak
dihimpit bermacam dugaan…
ya!! Dia datangkan dugaan tanda sayangnya Dia pada kita, tanda
Dia rindukan suara kita merayu menyebut namaNya, tanda Dia mahu hidup kita tak jauh tersasar keluar dari landasan..
Ya Allah izinkanlah kami menghadapi segala ujian dan dugaan
dengan penuh rasa kehambaan padaMu… aminnnn…
-----------------------------------------------------------
Sempena bulan puasa ni encik ayah rajin pulak berjinak-jinak
dengan bisnes kecil-kecilan…bisnes jũś dan kōřdial untuk menghilangkan dahaga
waktu berbuka dan waktu raya nanti…ceeeewah ^_^ Ibu pulak jenis tak reti nak
niaga, tak reti nak approach orang..hahahha… tapi bila tengok order encik ayah
masuk mencurah-curah, ibu pun teringin nak mencuba, cuba sikit-sikit kat
kawan-kawan opis je …tak berani la nak tanya-tanya orang nak beli ke
idak..hahahha..
model jũś Ɗūrian belanda bersama jũś - jũś jualan encik
ayah…
model-model cilik ni kata sedap.. kat dalamnya siap ada buah…
masa kecik-kecik dulu selalu makan sbb arwah nenek tanam kat blkg rumah tapi
sekarang kemain susah lagi nak dapat buah ni….
COD…..
Peniaga-peniaga cilik sibuk ikut encik ayah hantar
barang…
setiap kali nak hantar barang,
angah mesti excited sbb dia ingat ayah nakgi niaga bukak khemah macam kat pasar
malam tu ;)
tima kasih kak ex-classmate encik ayah
Ni pulak kōřdial 4 liter dengan pelbagai perisa sempena hari
raya…
alhamdulillah yang ni ramai yang suka..
Yang first batch ni separuhnya dah selamat
sampai pada pembeli,
insyaAllah 2nd batch akan sampai lusa…
Alhamdulillah rezeki Ramadhan yang tak disangka-sangka…
walaupun untung sikit
tapi seronoknya yang banyak ^_^…
Belum pun raya, Isteri dan anak-anak encik tokey dah rasmi
dulu untuk berbuka…sedapppppppp….segar je tekak ni…nak bancuh pun senang …
tuang kōřdial then terus campur air takyah tambah gula godak-godak dan
minummmmm… slurpppp ^_~
Subhanallah… luasnya rezeki Allah….
Sekarang bertambah lagi 1 cabang bisnes kecil-kecilan encik
ayah, bisnes kerepek raya pulak.. …semoga
dipermudahkan ye sayang…
Ya Allah, Murahkanlah dan permudahkanlah rezeki kami dan rezeki
ibubapa kami, rezeki sahabat-sahabat kami,rezeki orang-orang di sekeliling kami
dan rezeki saudara mara seislam kami… semoga rezeki Ramadhan kita semua
diberkatiNya…aminnnnn…
















