Wednesday, January 30, 2013

Ķoĺagen ŕũmpai láũt.. rahsia kũlit gebu gebas ^_^

 Assalamualaikum……



Nilah rupanya ŕũmpai láũt yang berkolagen tu..
1st time ibu tengok dan dengar pasal ŕũmpai láũt ni…
tu pun selepas encik ayah bawak balik
benda alah ni dari sabah hari tu..

ni pulak antara khasiatnya…
ibu ambik kat blog ni..
dia pun ada jual benda alah ni ^_^ 

·                                 Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
·                                 Melancarkan kitaran darah
·                                 Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
·                                 Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
·                                 Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
·                                 membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh 
·                                 Membantu merawat gastrik.
·                                 Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
·                                 Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
·                                 Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
·                                 Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·                                 Membantu merawat penyakit gout.
·                                 Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
·                                 Menguatkan tulang dan sendi.
·                                 Meningkatkan sel rawan dan otot.
·                                 Merawat penyakit gaut.
·                                 Mencegah kanser
·                                 Merawat Anemia.
·                                 Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
·                                 Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
·                                 Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
·                                 Menpercepatkan penyembuhan luka
·                                 Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
·                                 Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
·                                 Memberi Kekenyangan(diet).
·                                 Melancarkan sistem metabolisme
·                                 Memulihara usus kecil (sembelit)

Ni ibu dah siap proses
direndam semalamam sebelum direbus…

Okey dah siap rebus..
tunggu suam2 kuku jap
pastu dah boleh simpan dalam peti ais….
pagi dan petang ambik 2 sudu
campur dengan jus mangga….
sedap!!!
Rasa macam makan cincau ^_^

Malam2 pulak ibu cairkan sikit
tampal kat muka sbg masker..
Tepek skali kat muka encik ayah..

Yang ni pulak ibu buat dadih stoberi ^_^

Bila gugel pasal menda alah ni,
terus berazam nak makan
dan tepek kat muka hari2..
takmo skip2 lagi..
duhai cik M, pegilah ko jauh2 ^_^
tak sabo nak nengok hasil..heheeee

Ni pun Buahtangan dari Sabah jugak…
Tima kasih bang ^_^
Kueh cińciń tu benda yg wajib ibu kirim..
Yang bulat2 tu sedapppp..
Rasa dia macam keropok ikan kelate
tapi dia lebih rangup..
ămplăng kot kalau tak silap nama kopok nih…

Hari2 taw pakai keronsang yg encik ayah beli tu ^_^
Ibu suka sangat2 taw ayah ^_^
Gambo macam takde kena mengena…
Secoet pun tak nampak keronsang tuh ^_^
Ahhhh tak kira,
Nak masuk jugak gambir ni..
Penat taw posing sengih sorang2 taw ^_^

Yang ni gambo yang di’wasap’
masa encik ayah gi lawatan ke pasar Tanjung Tawau...
yang ni wajib beli ..
mmg peberet ibu ikanbilis halus ni…
kat langkawi haritu pun beli menda alah ni…
sekejap ke licin..
masak ler apapun,
semua nak campak masuk bilis comel nih ^_^
tapikan harga yg ni mcm mahai sikit le,
kat kedai cina depan rumah tu baru rm25 sekilo…
isk..isk..isk…

Nak selit jugak gambo ni…
alang2 org dah wasap kat kita kan ^_^
rasa mcm diri sendiri pulak yang pegi ye..
Suka sangat nengok air jernih tu…

Cun nye..

Dah jauh membebel
Ok lah…
Sekian ^_^
Papai………

Psttt : hari ni hati  berbunga riang
baru dapat berita gembira,
cuti tahunan ibu dah ditambah lagi 5hari utk tahun ni…
sekejap je masa berlalu,
rupanya tahun ni dah  tahun ke10
ibu berkhidmat…
alhamdulillah….
alhamdulillah….

 ..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..


2 comments:

  1. dah sepuluh tahun berkhidmat...?
    wahhhh...

    21hari la ek AL skrg..
    best la..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan lapan nanti baru genap 10 tahun ^_^
      25hari, campur tahun lepas lebih 5hari jadi 30hari tahun ni...sorga betul kalo bab tambah coti ni dayah ^_^

      Delete