Friday, March 30, 2012

Fenomena tong beroda…jeng..jeng…jeng…..

  Assalamualaikum ^_^

  
Hari Selasa dapat notis ni…phewitttt barang free…. Sape takmo kan? Walaupun hanya sebijik tong sampah..heheee… lepas dapat notis ni, incik ayah mengamanahkan anje dia yang pemalu la konon ni gi ambik tong nih…tempat ni tutup kul 6, jadi incik ayah adalah tidak sempat utk sampai kul 6, paling cikai pun 6.15 baru nampak batang idung…jadi anjenya yang pemalu la konon ni dengan bahagianya menerima tugasan yang rasanya berat kot bagi si pemalu kan ^_^ heheee….

Yupppp!!!! Berbalik pada tajuk cite hari ni, FENOMENA tong beroda…memang dah jadik fenomena kot sehari dua nih ^_^… asal jumpa org kampong je, mesti soklannya adalah “as dah ambil tong?”, “tong dah ambik tak?” & bermcm jenis soklan la lagi yg membawa maksud yang sama … balik keje pulak wajib nampak org tarik tong beroda di mana2….. jadi kira aci la kan ibu menamakan fenomena nih sbgai fenomena tong beroda kan???? ^_^ ngeeeee….

Katanya makcik sebelah nyebelah, kalau takde tong tu nanti, abang2 yang kutip sampah tu tak sudi ambik sampah kita tau… jadi mau tak mau harusla seluruh kampong merajinkan diri ngambik tong beroda tu hah… sanggupkah kamu semah, berpewangikan sampah sarap kamu yang terwangi itu???? Ohhh tidakkkkkk, semah kan usahakan jugak sedaya upaya mengambik tong itu…phewitttt *_^
  
Tu dia tempatnya nak ambik tong beroda … balik keje petang semalam dengan semangat waja puan ibu & cik kakak menuju ke situ ^_^

Wokeh, kita close-up sikit ^_^

Yeahhhh udah sampai ^_^ ptg kelmarin mmg penuh dengan tong beroda la depan balairaya ni tapi petang semalam dah kosong, dah ramai yang datang ambik kot…

 Tapi takpe, jangan kamu risau ye che semah, tu hah ada lagi selori, pilih je yang mana suka…ngeeeee
  
Org len datang sorang2 je tapi ibu bawak assistant ^_^ aci tak….aci tak? ^__^ dengan semangat waja dia menolong ibu angkat tong tu masuk kete, sudahnya dah penat dia berehat jek kat seat depan, tinggalla ibu sorang2 ngangkat menda alah tu … kakak oh kakak…
  
Ibu punya assistant tgh buat inspection…takut2 ada  yang tak memenuhi piawaian ^_^

Balik umah dah tak reti nak keluarkan menda alah tu…tunggu sampai incik ayah balik, abis cite ^_^

Sebelum sampah merasmi rumah baru diaorg nih, dak btuah dua org ni dah merasmi dulu ^_^

Sekarang sume org simpan tong sampah  kat dalam pagar lagi…takut ilang katanya, jadi kami pon simpan la dengan bahagianya kat dalam pagar jugak ^_^ kena hafal no siri ni, kang ilang senang nak cari… ilang kang susah, nanti abg2 kutip sampah tu tak sudi bermanja dengan sampah kami ^_^


Psttttttttttt : sehari dua ni org Páyá Rumput tgh berada dalam mood sayang tong sampah…. Ngeee ^_^

Wednesday, March 28, 2012

buahtangan dari Kuala Nerang ^_^

Assalamualaikum ^_^


Hari ni kembali bersiaran dengan semangat jitu kunun setelah dilanda mood kemalasan yang berpanjangan ^_^… actually bukan malas sangat pon, cuma sekarang takde apa2 xtvt best nak dikongsi kat blog bucuk2 ni… seminggu dua ni hidup macam biasa je, dok ulang rutin yang sama je…gi keje, balik keje…weekend pon dok umah je sbb incik ayah dilanda kebizian yang teramat sangat ^_^ …

Hari Khamis minggu lepas kami ditinggal-tinggalkan lagi mood sedih…huhuuu…. Incik ayah join rombongan atlet2 opis dia ke sukan MÁŔÁ di Kuala Nerang, Kedah… Incik ayah main futsal, alhamdulillah dapat tempat ke3 lagi, tahun lepas pon sama no 3 jugak..

…………………

Alhamdulillah, kelmarin(Isnin) sesudah subuh kul 6 pagi incik ayah selamat sampai ke rumah, maka ibu pun cutilah Isnin tu, nak bagi anak2 beramah mesra lama2 sikit dengan incik ayah sebelum gi skolah ^_^
  
nilah dia buahtangan utk kami yang ditinggal-tinggalkan ni ^_^ kuah rojak & ikan pekasam sedap hingga menjilat jari ^_^

Buahtangan untuk anak2 ^_^
  
Lagi satu untuk dak kakak…kat blkg ada tulis nama…suka sangat dak kakak ada nama dia kat baju tu ^_^

Satu lagi utk dak adik ^_^
  
Utk ibu pon ada ^_^ macih laling….meowwww ^_^

Bangun tido terus serang buahtangan yang ayah bawak balik ^_^

Rock bebeh ^_^ heeeeeeee

Cantik tak baju kakak? ^_^
  
Pagi Isnin tu terus pakai baju ni gi skolah, gi skolah pun lambat sikit, melepaskan rindu dulu kat incik ayah ^_^… ….heheeee…baju ni tak sempat nak basuh, nasib la tak gatai2..heheee..

Gumbira + bersemangat sbb incik ayah dah balik & dapat pakai baju baru ^_^


Gambar ni ditujukan khas buat auntie Angah Bairul yang dicayangi ^_^ tima kasih sbb selalu melawat kami berdua di blog tak semengah kepunyaan ibu kami ni ^_^ cayang auntie Angah ^_^ ibu kata dia terharu baca komen auntie pasal blog tak semengah dia ni…heheee…muahsss ^____^ ~ yang benar : kakak & adik ~

Syhhhh…. ibu pon dah rasmi baju baru yang tak basuh lagi nih… Isnin yang hening kan bergasak cuti, harusla berjimba2 jadi makcik drebar gi uruskan beberapa pkara bersama incik ayah ^_^ sori ye anak2 ^_^ heheeee…

pssttttttt : incik ayah ~ tima kasih daun keladi taw *_^

psssstttt : macih daun keladi utk incik nupnang jugak...alhamdulillah, walaupon dah jarang2 menconteng arang di blog ni tapi incik nupnang masih sudi menyumbang sesen dua  lagi ^_^.

Tuesday, March 20, 2012

WANGI tau ^_^

Assalamualaikum... ^_^


Anak2 btuah yang WANGI2 bersemangat nakgi skolah…yang penting bedak kena lumur kat muka mcm plakon opera cine ^_^ gambo 2 minggu lepas sebelum cuti skolah ^_^….

Kat skolah, teacher kata dak adik suka ngusik kwn2 yang gi skolah tak mandi “ucuk acam kambing” busuk mcm kambing katanya… heheee…ni sume gara2 incik ayah ler selalu ngata gitu kalau diaorg liat nak mandi ^_^ skrg dak adik dah terikut2 ngata org..isk isk isk ^_^

Tu pasal pagi2 kalo dak adik liat nak mandi, kata je dia busuk mcm kambing, terus menonong masuk bilik air ^_^ pas mandi bedak banyak2 seluruh badan bagi lagi WANGI..heheee…ni pagi tadi dak kakak mood nak pakai uniform lama kaler biru, baju tak penting, janji WANGI ^_^… mcm2 karenah dak2 btuah nih ^_^

 
Gaya macho dak WANGI..gaya mesti ada, nanti senang nak buli kwn2 kat skolah ^_^ heheee

Yeahhhhh…adik WANGI dah ready nakgi skolah ^_^ Kete menan takleh tinggal ni  nakgi blajar ke nakgi main kete nih??? ^_^
Bukan waktu pagi je kena WANGI2, nak tido pun wajib  WANGI2  ^_^

AMARAN : sape suka ngate org bucuk mcm kambing, sila beli bedak sedozen stiap bulan  ye ^_^ 

Thursday, March 15, 2012

Macih Maklong ^_^

 Assalamualaikum ^_^


Weekend lepas balik Kuala Kangso…nilah dia buah tangan dari kampong…macam2 maklong kakak bekalkan… tiap kali balik, ada je benda dia nak bekalkan…patutla dak kakak liat nak ajak balik, nak duduk dengan maklong&paklong katanya, dah takmo balik ke melaka lagi ^_^

 Ni pulak durian yang dah disejukbeku… musim durian haritu kami tak balik, jadi maklong kakak dah simpan siap2 utk durian ni…balik kampong masa CNY haritu lupa nak ambik…

Pssttt : dah terbayang2 bubùŕ ķacang ijau + dùriáń ^_^

Wednesday, March 14, 2012

basikal kesayangan dah beroda 2

 Assalamualaikum ^_^


Dak kakak punya basikal dah rosak kat bahagian roda kecik tu (roda yang ketiga tu) so incik ayah pon terus buang je roda yg tu, sekarang dak kakak dah kena naik basikal roda 2 aje ^_^

 lagipun basikal kakak dah kecik, kaki dah boleh cecah lantai dah, nak menongkat pun senang ^_^ almaklumla basikal tu beli masa umur kakak 3 tahun lagi, dah buruk dah basikal kesayangan kakak tu, tapi dia punya sayang kat basikal tu memang sangat sangat la ^_^

Dalam proses belajar… kali ni belajar dengan teman sekampong pulak ^_^

Dah hebat dah ^_^

Makin laju merempit ^_^

asal balik dari skolah je tak nyempat nak kluar pagar… nampak je kereta incik ayah kat luar, terus bergegas cari kunci suh ibu bukak pagar ^_^

Phewitttt…dak adik tengah mengayat kakak baby ^_^

Syhhhhh…incik ayah tgh sakan bergusip dengan jiran tetangga..hehee…

Pssttttt : Alhamdulillah, dak kakak dah sihat, dah boleh bawak basikal laju2 dah petang semalam ^_^

Tuesday, March 13, 2012

Lunch dengan kekasih hati ^_^

 Assalamualaikum…


Wowwwweeee bersawang sudah ^_^ mood berblog dah kelaut sikit ^_^ banyak benda nak bebel kat blog bucuk2 ni, tapi idea nak mengarang takmo datang2 baru je bercita2 nak menambah pendapatan dgn incik nupnang, dah blog terbengkalai pulak ^_^… kononnya bukak blog dengan semangat berkobar2 nak menaip tapi bila pegang keyboard je idea yang tadinya mencurah2 tiba2 menghilang, jadi terbiar sepi ler blog bucuk2 kesayangan ibu nih ^_^

Okeh, berbalik pada tajuk bebelan hari ni “lunch denga kekasih hati”, yepppp semalam ibu makan tengahari dengan kekasih hati….semalam dah berkobar2 nak memeriahkan semula blog bucuk2 ni tapi tiba2 dapat call yang dak btuah kakak demam…terus capai kunci kete ambik kakak then bawak gi klinik panel kat AG..  demam tiba2 takde batuk takde selsema, weekend lepas balik Kuala Kangsar jumpa sepupu sepapat main panas tak ingat dunia, balik melaka terus dapat demam ^_^

Gumbira sangat2 dapat lunch berdua2an dengan kekasih hati ni ^_^ org demam makan abis satu pinggan tu taw, almaklumla dapat makan sambil tgk muka ibu dia kot ^_^

Kat klinik ~ mula2 susah hati sangat2 dapat taw dia demam, tak sabar2 nak ambik dia kat skolah…bila dah jumpa dapat peluk cium barula lega ^_^ muka & bibir merah sangat, panas dalam kot…demam 38°c… hopefully petang ni kakak dah ok… ibu cayang kakak…

Sekian bebelan kosong utk hari ni ^_^

Tuesday, March 6, 2012

Mēlēmpeng ^_^

 Mood me’Ĩēmpeng” pulak…buat utk breakfast…  masa muda2 dulu penahla buat tapi tak penah letak kelapa, letak telur je….kali ni ibu try buat letak kelapa sbb lepas makan kat sini  teringat2 je Ĩēmpeng dia yang lemak2 tu, terus ibu menggugel cari resepi dan x-factor kesedapannya adalah kelapa..heheee..kelapa tu yang keluarkan rasa lemak Ĩēmpeng ni…


Tadaaaa…bagi hitam2 sikit supaya lebih rangup ^_^ Anak2 kata ibu buat ŕōti Çánai ^_^

dari kecik ibu suka makan Ĩēmpeng atau ŕōti Çánai cicah gula, sekarang anak2 pulak dah ngikut jejak langkah ^_^ kesian incik ayah, terkial2 cari sambal nak cicah…len kali ibu buat sambal kay laling…sowiiii cayang…heheee…

untuk gambar yang lebih menggiurkan boleh belek sini blog masak memasak kesukaan ibu  & sini ^_^ tima kasih buat pemilik2 resepi ni ^_^ semoga dimurahkan lagi rezeki ^_^

Monday, March 5, 2012

Ķēntang putar ^_^


Assalamualaikum ^_^

Ķēntang putar air tangan dak adik…. “zahin buat sendiri ni kak, sedap ke tidak tak tahula” katanya teacher adik ^_^ …

teacher bekalkan bawak balik suruh ibu rasa air tangan anak sendiri…

kat skolah adik lenyekla sepuas hati, kat umah dah takde peluang nak melenyek2 mcm ni dah, baru je nak pegang kentang, ibu dah mengaum mcm rimau ^_^

Psstttt : kalo hari2 teacher ajor masak kan bagus, pasni goyang kaki jelah ibu kat umah ^_^

Friday, March 2, 2012

Almōnd Ĺōndōn ibu mithalika ^_^

 Assalamualaikum…

  
Haaaaa sample kueh raye udah siap , tempahan pun dah dibukak, sape nak oder, pm ibu ehh ^_^
 tahun ni nak bolot sorang2 bisnes jual kuehraye, nak bagi customer rase sebelum org len bawak sampel…bolehhh???? Ngeeeeeee….tamak sekejap

Heheeee…tahuuuu, korang mesti tak caye kan… okeh tipu aje tu ^_^

Sebenonya dak btuah kakak dah lama mintak ibu dia yang mithalika ni buat cookies, masa mula2 beli oven dulu lagi dia mintak, tapi ibu dia ni tak berapa yakin lagi nak berbiskut…rasa mcm remeh aje, kalo buat kek skali jalan je, tapi buat biskut ni mesti banyak keje nak kena buat, remeh+malas ^_^

Kisahnya bermula bila dak kakak tiba2 tarik kitaorg gi kedai kek masa gi beli barang kat maidin mall, dia kata kat situ ada jual Almōnd Ĺōndōn, dia nampak masa beli kek besday dulu, tapi sayangnya masa kitaorg pegi tu biskut ni dah abis…ololoooooo cian anak ibu…jadi sebagai ibu yang sangatla mithalikanya maka ibu pon janji nak buat sendiri utk dia ^_^

Hasilnya…buat tgh2 malam time anak2 dah tido…ibu takde cawan matrik&penimbang kecik tu…rasa cam tak konpiden je nak buat nih, tapi dah janji punya pasai terpaksala beranikan diri jugak……masa mula2 bakar, ibu  suh incik ayah try dulu bahagianya bila abg cayang puji suka tgk ayah makan yang belum salut cekelat ni banyak2, makan sambil study, sambil teman ibu nyiapkan menda alah ni ^_^

dulu masa2 jaman anakdare tak penah pon tolong mak buat kueh ni, alih2 dah ada dalam balang, tukang abiskan kueh je… mak dengan adik2 lelaki yang jadi tukang uli ^_^ kali ni nak buat sorang2 tak bagitau mak pon, takut kena gelak ..heheee…
  
Yang ni tak cukup cup…buat bōgēl2 mcm ni je ^_^

Rangupppppp ^_^ yang penting dak btuah yang ngidam tu suka ^_^ dia bangun tido terus ada depan mata ^_^ kakak slalu tak caye ibu dia buat sendriri kalo benda yang dia nampak tu cantik macam kat kedai ^_^


Untung jugak buat sendiri, kalau beli satu balang 50biji rm25… yang ibu buat ni dapat lebih kurang180 biji, modalnya sikit je sbb kebanyakkan bahan dah sediada kat umah ^_^ suka tgk incik ayah & dak kakak makan biskut pebret diaorg nih ^_^ dak adik suka kek, biskut ni dia kureng sikit  ^_^

Resepi ibu ambik kat  Mama Kastam Tioman , ambik resepi ni sebab ringkas & kebanyakkan bahan2 dah sedia ada kat umah ^_^ terima kasih kat tuan punya resepi & pemilik asal resipi ni, semoga dimurahkan lagi rezeki..aminnnn…..