Bismillahhirrahmanirrahhim…
Semalam telah berlangsungnya
hari sukan sekolah kakak&angah… ayah dan ibu awal-awal lagi dah mohon cuti
demi memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi buat dua permata hati
kesayangan…
Kali ni sukan sekolah dibuat
waktu petang disebabkan faktor cuaca panas melampau
sekarang ni… Tapi alhamdulillah kuasa Allah melebihi segalanya, tiba-tiba cuaca
semalam berubah jadi mendung dan tak membahang macam biasa…
Rupanya sukan berlangsung dari pagi lagi tapi
ibubapa dijemput hadir jam 4petang untuk menyaksikan beberapa acara balapan dan
penutup sahaja…
Tak dapat nak tengok Angah beraksi..huhuuuu…
next
time la ye angah tunjuk bakat kat ibu&ayah ye..
Pada sebelah pagi Angah cuma masuk satu acara sukaneka,
katanya bawa bola dengan gelung…mesti comel je keletah angah dan kawan-kawan
masa tu ^_^…
Angah dan rakan sepasukan yang mewakili rumah hijau (Rᾀjawali) hanya
mendapat tempat ketiga… Takpe sayang, syukur alhamdulillah, Tahniah ye sayang
^_^…
bila tanya “ mana medal angah?”, “tak tahu! tadi kawan angah pegang, lepas tu hilang”…
iskkk bertuah sungguh budak bertuah sorang ni..huwaaaa…
kakak masuk 4 acara kali ni, mewakili rumah hijau (Rᾀjawali) …
lari 100m, 200m,
lari berganti-ganti 4x100m & satu lagi ibu dah
lupa sebab masa tu ibu dah pegi ambil adik kat taska, yang tu pun acara berpasukan kalau tak silap…
Tapi tahun ni kakak takde
rezeki untuk bawa pulang apa-apa pingat… Ibu tahu kakak sedih, tapi takpe
sayang, ibu&ayah tetap bangga dengan kakak…sekurang-kurangnya kakak berani
beraksi ye sayang…
masa acara 100m tu ibu nampak kesungguhan kakak, tapi
akhirnya kakak dapat tempat keempat… lepas pada tu kakak dah mula down… Allahhuakhbar, jangan
macam tu sayang…kakak tak boleh cepat putus asa, kakak kena terus berusaha ye
sayang… kakak kena belajar terima hakikat, bukan dalam sukan sahaja tapi dalam kehidupan
kakak jugak, jangan cepat putus asa…ingat pesan ibu ni ye sayang…
Allah itu
adil, kalau dah tertulis itu bukan rezeki kakak, InsyaAllah ada bahagian lain untuk
kakak, ada hikmahnya yang kita tak nampak, Allah nak kita renungkan bersama ye
sayang…
ayah pun kata dia tetap
berbangga dengan kakak walaupun kakak tak kalungkan pingat ke leher kami macam
yang kakak buat tahun lepas…
ibu akui, dalam hati berdoa pada Allah agar Dia
berikan satu untuk kakak, walaupun hanya tempat ke3 sebagai saguhati kenang-kenangan
untuk kakak… tapi itu semua perangcangan
dari Dia, semuanya terbaik untukmu sayang… InsyaAllah kita kena yakin dan
percaya dengan ketentuanNya ye sayang…
Dia tetap tersenyum walaupun pada acara akhir tu ibu nampak kakak mengalirkan airmata sebaik
sampai di garisan penamat, tanpa menoleh ke arah ibu dan ayah kakak terus berlalu
ke tandas … ibu sengaja ekori kakak, bila kita jumpa, kakak terus senyum pada
ibu..hanya pelukan tanda bangga kerana menjadi ibumu, itu je yang mampu ibu beri untukmu sayang…
Hmmm semuanya berkaki ayam tapi kasut masing-masing dah rupa
belacan ^_^
alaaaaaahaiii anak ~-^
Dah hampir kul 6 petang ibu lari sekejap ambil adik kat
nursery.. ayah tinggal sebab nak rakam anak kesayangan dia beraksi…Itulah dia
bapamu sayang, sedikit pun tak berganjak dari sisimu, dari mula datang dia kat
tepi padang walaupun masa tu ibubapa diberikan tempat duduk di bawah khemah tapi ayah suruh ibu je
duduk sebab dia nak dekat dengan kakak… betapa sayangnya ayah pada kamu berdua
sayang…
Dan Ibu tahu hati kakak sedikit
terubat bila tengok adik kesayangan datang ^-^ adikla bulan bintang bagi kamu
berdua ye sayang..heheee…
Dekat pukul 7 acara berakhir, kena cepat-cepat balik sebab
kita belum asar lagi… kakak ajak solat kat surau sekolah tapi ibu rasa lebih
selesa kalau kita balik solat kat rumah…
Alhamdulillah,
selesai juga amanah yang cikgu berikan untuk kamu berdua ye sayaang… semoga
kakak dan angah terus Berjaya dunia dan akhirat… jadi khalifah Allah yang
berguna kepada agama, bangsa dan Negara ye sayang..Yang penting, jangan
sekali-kali tinggalkan solat ye sayang…
..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..







