Friday, December 28, 2012

hepi besday kakak ^_^

 Assalamualaikum dan salam sayang ^_^


"Ya Allah. 
panjangkan usia Nurul Qaisara Aqilah..
 sihatkan tubuh badannya,
muliakanlah akhlaknya,
sejahterakan jiwa dan raganya,
murahkanlah rezekinya,
anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku mendidik dia…
Jadikan anakku insan yang baik yang mentaaiMu,
 yang mencintaiMu
dan yang setia kepada kekasihMu, Muhammad…..

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu ya Allah,
 berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat"
   
---------------------------

Alhamdulillah, Sabtu lepas 22/12/2012
genap 6 tahun kakak lahir ke dunia menemani hidup ibu dan ayah ^_^

dalam kesibukan hari ni ibu curi2 masa jugak buat entry khas ni utk
buah hati pangarang jantung kesayangan ibu ni ^_^

Walaupun baru menjengah usia 6tahun
naktaknak, esok lusa kakak dah kena gi skolah rendah…
dah darjah 1 ^_^….
nasibla kak, ank hujung tahun la katakan ^_^

Kali ni sambut besday kakak lewat sikit...
Sambut dengan sepupu sepapat kat kampong 24hb lepas ^_^

Ni ler kek yg beli on the spot kat ipoh masa otw balik kampong haritu ^_^

Kezen dia siap tutup lampu lagi ^_^
Seronok bebeno dia diraikan oleh sepupu sepapat dia…

Sesi makan-makan di tengah malam..heheee…

Ibu doakan kakak sentiasa dilindungi Allah dunia dan akhirat ye sayang…
Sayang kakak banyak2.. ^_^

Psttttt : yuhuuuuuuuu!!!  Esok start coti panjang…  
Nak uruskan persekolahan anak-anak2 ^_^
Jumaat pertama tahun depan baru terjah opis semula.. ^_^

..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..

4 comments:

  1. slmt hari lahir buat nurul qaisara aqilah..cantik namanya.. moga pnjg umur n jadi nak yg solehah buat ibu n ayah ya sayang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih mamasaly...moga yg baik2 juga jadi milik mama saly sekeluarga :-)

      Delete
  2. salam kenal,

    happy birthday untuk kakak...semoga membesar dengan sihat...amin

    cantik kek tuh...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa Mifz...
      terima kasih sudi singgah...
      nanti akak buat kunjungan balas ke blog papa mifz ye ^_^

      Delete