Friday, January 27, 2012

~ Cuti2 mesia @ Bǔķǐţ Mēŕāh Ŵāţēŕ Pāŕķ ~ ^_^

 Assalamualaikum ^_^…..


Kemuncak XTVT cuti sempena CNY  tahun 2012 ~ beriang gumbira di Bǔķǐţ Mēŕāh Ŵāţēŕ Pāŕķ…Alhamdulillah ^_^

Pagi2 lagi kami bangun bersiap2 nak gi mandi manda kat Ŵāţēŕ Pāŕķ tu eh pagi lagi ke kalau dah kul 10???? …ngeeee anak2+anak2 sedara semua dah tak sabau dah nak berendam ^_^….

Lepas Checkout  kami keluar gi breakfast dulu ^_^ makanan utk makan pagi mcm nasi lemak, mee dll semua dah abis, roti canai pon ilek ^_^ semua dulang dah diisi dengan lauk pauk utk makan tghari dah… udah takdak pilihan, makan jelah ^_^ ibu&ayah tak kisah makan berat pagi2 perut melayu asli ^_^ tapi kesian dengan paklong&famili, diaorg tak biasa makan berat2, semua makan tak abis, pinggan kami bdua je licin ^_^

Posing sambil bjalan menuju pintu utama ^_^ ni kat parking lot, luas tapi becak, hodoh bebeno tayar kete..uwaaaa

Pintu masuk  utama ^_^

Ramai bebeno org time kami sampai tu, nak beli tiket pon beratur panjang, dekat 20 minit gak la menuggu…almaklumla, time cuti panjang mcm ni la masing2 nak bawak anak2 bjalan ^_^ takpe, lagi ramai manusia, lagi meriah…ayat pasrah ahakkksssss ^_^

Bagi laluan kat pengantin lama bgambar mcm baru 2hari kawen ^______* ngeeeeee...

Sebelum mandi anak2 berusaha menipiskan poket incik ayah ^_^ poket tebal susah nak mandi kan??? Sungguh memahami dak btuah 2org tu, org sayang ayahla katakan ^_____^

Yuhuuuuuuuuu!!!! Masuk je dalam Ŵāţēŕ Pāŕķ ni terus muka anak2 jadi muka terlajak bahagia ^_^

Yeayyyyyyyyy….

Bukan main sporting dak kakak bila ajak bgambo, kalau idak diala org paling susah nak diajak bgambo ^_^ almaklumla hati tgh berbunga2 ^_^

Dak adik mula2 takut tapi bila dah lama2 terus suka ^_^

Paklong kata pas mandi nakgi naik menda alah atas ni, tapi lepas kami salin baju petang tu, hujan pulak turun…takde rejeki nak naik ni…

Kakak yag tengah diulit bahagia ^_^

Beshhhhh sangat ^_^

Anak2+incik ayah tgh berperang tembak menembak ngan pistol air masing2 ^_^

^_______^

Mamam roti lor ^_^ main air kejap lapar, pastu gi terjun balik, naik semula lapor balik ^_^

Dak adik sedang menikmati susu segar dari ladang, pastu terus tertido…. Lama la jugak adik tido, ayah&kakak dah lesap ntah ke mana, tinggalla ibu ngan maklong menyusukan anak masing2 ^_^

Dah sudah adik bangun semula, kami terus join ayah&kakak main ombak kat pantai tiruan ni ^_^ beshhhh sangat ^_^

Bersiap2 nak balik…kami bersiap awal sbb nakgi naik bot ke Pǔĺāū Ōŕāņġ Ũţāņ & nak naik chair lift tapi tak sangka la pulak bila keluar je terus hujan…huhuhuwaaaaaaaaa…

Masa ni dah start ujan sikit2….

 Sempat bergambo je…ntah bilala pulak nak sampai ke sana...tingin nak bergambo dgn org2 utan yang cumil2 tu ^_^

Jeti ke Pǔĺāū Ōŕāņġ Ũţāņ masa ni dah start ujan rintik2…

 Bot dari sana dah sampai, kalau kami dtg awal 45minit mesti sempat naik bot ni…takpelah, takde rezeki kami ke sana ^_^
  
Paklong ajak masuk umah antu ni, tinggal ibu&maklong je tak masuk, jaga dak adik & baby hanan …kami tunggu kat tepi tasik sambil makan2….dak kakak bukan main excited lagi nak masuk, bajet berani konon nakgi dapor ambik air pon wajib berteman, ada hati konon..hehee…so pegilah kakak ngikut sepupu spapat dia ke umah antu ni… tak sampai 5 minit tiba2 Incik ayah datang bawak dak kakak dengan air mata yang berjurai2, katanya ayah “belum masuk lagi dah nangis melalak2 peluk ayah sbb takut, takut dengar bunyi antu” alaaaahai sayang, anak ibu le katakan, mak borek anak rintik…ahakssss ^_^
Tapi betul ler seram…time nak ambik gambo ni pon dak kakak dok pandang2 lagi ke belakang, tapi betul ler dia punya bunyi kat luar udah seram “mariiiii…mariiii….mariiii” antu tu ajak masuk…huhhhh…tak kuasa  nak serah diri…huwaaaa ^___^

Bergambo jelah kat sini…tak sempat nak pegi ^_^

Alhamdulillah tamatla sudah cuti2 mesia di Bǔķǐţ Mēŕāh Ŵāţēŕ Pāŕķ ^_^

Psttttt: dah bkilat2 muka ni, hari2 tepek bedak 12inci nak sorok kesan sunburn ^_^ skrg kulit muka tgh menggelupas..Dak kakak punya muka paling dasyat, kesian kakak ^___^ incik ayah pulak kata”muka abang dah hitam la, mesti kat opis pasni ramai tegur” cesssssss!!!! persoalannya sebelum2 ni putis ke????????? ahaksssss ^_^ jangan mare tayanggggg…ala butuk butuk… ailebiulah ^_^ muahhhh….

No comments:

Post a Comment