Wednesday, June 22, 2016

Rezeki Ramadhan..

Bismillahhirrahmanirrahhim…..
 
SALAM NUZUL AL-QURAN
 
Alhamdulillah cuaca sempena hari turunnya surat cinta dari Allah ni sangat-sangat sejuk dan nyaman.. besarnya nikmat yang Allah beri...
 moga kita semua terus diberikan kekuatan untuk sentiasa berdamping dengan kitab suci Al-Quran - kitab petunjuk di kala susah dan senang juga penawar saat dada sesak dihimpit bermacam dugaan…
ya!! Dia datangkan dugaan tanda sayangnya Dia pada kita, tanda Dia rindukan suara kita merayu menyebut namaNya, tanda Dia mahu hidup kita tak jauh tersasar keluar dari landasan..
Ya Allah izinkanlah kami menghadapi segala ujian dan dugaan dengan penuh rasa kehambaan padaMu… aminnnn…
-----------------------------------------------------------
 
Sempena bulan puasa ni encik ayah rajin pulak berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan…bisnes jũś dan kōřdial untuk menghilangkan dahaga waktu berbuka dan waktu raya nanti…ceeeewah ^_^ Ibu pulak jenis tak reti nak niaga, tak reti nak approach orang..hahahha… tapi bila tengok order encik ayah masuk mencurah-curah, ibu pun teringin nak mencuba, cuba sikit-sikit kat kawan-kawan opis je …tak berani la nak tanya-tanya orang nak beli ke idak..hahahha..
 
model jũś Ɗūrian belanda bersama jũś - jũś jualan encik ayah…


  model-model cilik ni kata sedap.. kat dalamnya siap ada buah…
masa kecik-kecik dulu selalu makan sbb arwah nenek tanam kat blkg rumah tapi sekarang kemain susah lagi nak dapat buah ni….
abaikan rambut kakak yang tak sempat nak sikat tu…heheee..

  COD…..
Peniaga-peniaga cilik sibuk ikut encik ayah hantar barang… 
setiap kali nak hantar barang, angah mesti excited sbb dia ingat ayah nakgi niaga bukak khemah macam kat pasar malam tu ;)
tima kasih kak ex-classmate encik ayah
 
Ni pulak kōřdial 4 liter dengan pelbagai perisa sempena hari raya…
alhamdulillah yang ni ramai yang suka..
Yang first batch ni separuhnya dah selamat sampai pada pembeli,
 insyaAllah 2nd batch akan sampai lusa…
Alhamdulillah rezeki Ramadhan yang tak disangka-sangka…
walaupun untung sikit tapi seronoknya yang banyak ^_^…

Belum pun raya, Isteri dan anak-anak encik tokey dah rasmi dulu untuk berbuka…sedapppppppp….segar je tekak ni…nak bancuh pun senang … tuang kōřdial then terus campur air takyah tambah gula godak-godak dan minummmmm… slurpppp ^_~ 
 
 
Subhanallah… luasnya rezeki Allah….
 Sekarang bertambah lagi 1 cabang bisnes kecil-kecilan encik ayah, bisnes kerepek raya pulak..  …semoga dipermudahkan ye sayang…
nanti ibu buat entry cod kerepek raye pulak
 
Ya Allah, Murahkanlah dan permudahkanlah rezeki kami dan rezeki ibubapa kami, rezeki sahabat-sahabat kami,rezeki orang-orang di sekeliling kami dan rezeki saudara mara seislam kami… semoga rezeki Ramadhan kita semua diberkatiNya…aminnnnn…
 
 ..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..


No comments:

Post a Comment