Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah 28 April 2014 adik selamat dilahirkan di Hospital Ἆlor Gᾰjah, Melᾰka..
dalam tiga beradik, adikla paling besar masa lahir, 3.10kg… kakak panggil adik temok ^_~ heheeee..
Wajah suci adik selepas beberapa minit dilahirkan…
Selfie pertama bersama ayah lepas 30minit menjenguk dunia
^_^
Kasih sayang seorang kakak ^_^
Masa ni ibu masih belum
kerja…ibu ambil cuti bersalin 3 bulan.. syoknya dok rumah ulit anak..hehehe
Lepas 3 bulan bermanja dengan ibu, adik menumpang kasih di nursery pulak sementara
ibu keluar bekerja…
28 April 2015 besday adik yang pertama ^_^ Alhamdulillah…
Khamis lepas 28/4/2016
genapla 2 tahun adik lahir ke dunia menemani hidup ibu,ayah, kakak & abg… alhamdulillah…
dah seminggu berlalu, tapi
harini baru ibu sempat menulis…
Untuk besday adik tahun ni, ibu awal-awal lagi
dah tempah 2 biji kek utk adik..satu bawak nursery & satu lagi utk celebrate kat rumah ^_^ … kedua-dua kek ber temᾰkan pᾰdang bolᾰ… adik mmg minat sangat dengan bola… dari
sekecik-kecik bola sampaila sebesar2 bola, semua ada kat rumah.. petang-petang balik dari nursery ayah akan
bawak adik main bola depan rumah, lepas mandi sementara tunggu abg & kakak balik
mengaji dan ibu siapkn makan malam, adik dok melangut depan tv tgk bola..channel
810,812 memang adik yang punya ^_^
Selamat
hari lahir yang kedua wahai anak soleh ibu & ayah… semoga dipanjangkan
umur, dimurahkan rezeki, diterangkan hati & sentiasa dalam lindungan
Illahi.. Semoga sayang membesar menjadi insan yang kuat, tabah dan sabar menempuh segala onak
duri atas muka bumi Allah ni… Moga hidupmu sentiasa dalam redhaNya
Kakak dan abang pun sama sibuk nak tiup lilin… Adik la
segala-galanya bagi kakak & abang… adik la intan payung kesayangan kakak
& abang ^_^
Ya
Allah. panjangkan usia Muhammᾰd Ziyᾀd, sihatkan tubuh badannya, muliakanlah
akhlaknya, sejahterakan jiwa dan raganya, murahkanlah rezekinya, anugerahkan
kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.
Bantulah
aku mendidiknya… Jadikan anak-anakku insan yanag baik yang mentaatiMu, yang
mencintaiMu dan yang setia kepada kekasihMu, Muhammad…..
Berikan
semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu ya Allah, berikan kepada kami apa yang
terbaik di dunia dan akhirat
..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..











lamanyaaaa tak jenguk sini,besar dah kakak...rindunyaaa....
ReplyDeleterinnnnndu auntie cikngah jugak ^_~
Delete