Friday, September 7, 2012

Merdekaraya ^_^

 Assalamualaikum…

Aduhhhhh rindunya nak menconteng arang kat blog bucuk2 ni, tapi apakan daya, kesuntukan waktu selalu jadik penghalang nak membebel kat sini…
huhuuu…

Merdekaraya Jumaat minggu lepas kami berkonvoi lagik, serang seremban pulak, sampai malam kami beraya kat sana…heheee… 
tapikan ibu tak sempat snap gambo banyak2 pon kali ni sbb tgh dalam mood merajuk dgn incik ayah…heeeeeee ­^_^
  
Ni jelah skeping yg sempat ibu snap…
nipon sbb teruja nengok dak kakak pakai gaun…
dia ni susah bebeno nak bagi pakai ala2 gegirl …
yang dia suka tshirt dgn jeans jelah…
baju ni maklong dia yg bagi, ibu mmg tak beli pon, dah tau dia takmo pakai…
pujuk2 bagitau kesian kat maklong susah2 beli, akhirnya lembut jugak hati dia nak pakai tapi muka sikit pon takmo senyum…
kakak…kakak ^_^…
  
Gambo ni pulak jumpa kat henpon incik ayah…
terus ambik nak masuk blog bucuk2 ni ^_^
rumah last kami beraya sebelum balik... 

amboi dik…sempat lagi ye ^_^

Mulanya nak balik KL terus lepas beraya kat seremban tu, tapi esoknya ada jemputan openhouse & kenduri kawen lagi kat Melaka…
so kitaorg pon patah balik la ke melaka semula…

Tup-tup malam tu, mak sms suruh balik cepat sbb sepupu sepapat & makcik pakcik semua nak datang rumah pastu nak buat makan2 dan tahlil utk arwah nenek & atuk ibu…

Jadik, pagi Sabtu tu bergegasla kitaorg balik  Selayang….  

Pagi sabtu yang hening pagila sangat ^_^
Jalan menghala ke utara lengang tapi yang menghala ke selatan banyak & bergerak perlahan…
sekian info trafik minggu lepas….
heheee..

dah sampai tanah perkuburan slyg baru tempat arwah nenek disemadikan…

Lepas baca tahlil masing2 sibuk bergambar…

Nilah dia makcik2, pakcik2 & sepupu sepapat ibu sebelah abah dari Pahang

Macam2 karenah ^_^

Alfatihah utk nenda di sana… 
rindu dia…
sejak lahir ibu dibesarka oleh arwah… 
kami tinggal berdua je lepas arwah nenenk berpisah dgn arwah atok… 
dah 11 tahun dia tinggalkan ibu…
kalau pegi kubur ni, selalu cakap dalam hati, ibu bawak anak2 ibu, kalau dia tgk ibu dah ada keluarga sendiri mesti dia seronok …
Ya Allah.... sedihnya…
  
Pas gi kubur kami sambung berkonvoiraya di KL ^_^

  Mak & abah ^_^

Hari Ahad balik melaka semula…
pastu isnin keje…
huhuuuuu tak suka isnin..
 ehhhh hari ni jumaat kan, sukanye ^_^ 
minggu ni sambung raye lagi ^_^ meowww…

Psttttttttt : suka tgk kawan2 & jiran2 buat makan2 kat rumah masing2… 
seronok sangat ^_^
semoga dimurahkan rezeki diaorg2 semua ^_^
nanti “pondok kecik” dah siap InsyaAllah teringin jugak nak ajak kawan2 makan2 kat “pondok kecik”  ^_^

..::  sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..

No comments:

Post a Comment