Assalamualaikum… ^_^
puan-puan misi dari Ķĺińik Ķesihatan Śimpang Āmpat datang
buat program PăpŚmeăŗ percuma kat opis ni hah ^_^
Sebelum start program, diaorg bagi taklimat ringkas pasal ķăńser pangkal rahim dan ķăńser payudara…..
ni dia benda alah yang diaorg guna utk prosedur PăpŚmeăŗ tu…
ni kali kedua ibu buat PăpŚmeăŗ, 1st time
buat lepas lahirkan dak kakak, lepas pada tu takde nak buat lagi dah, malu
punya pasal la konon…
tapi kali ni ibu buang jauh2 rasa malu tu demi suami
& anak2 yang masih memerlukan khidmat che semah ni hah…ngeeeee…..
` check PăpŚmeăŗ ni tak
sakit pun cuma rasa ngilu2 manje aje ^_^ `
masa masuk bilik operasi,
puan misi suruh longgarkan baju kecik skali utk check kot ada ketulan2 yang tak
sepatutnya ada kat tempat itu ^_^
okeh!! kat bawah ni ibu selit sikit info PăpŚmeăŗ sebagai perkongsian utk kefahaman kita bersama ^_^ ambik info ni kat
sini....nak gebang sendiri takut salah maklumat pulak ^_^
`````````````````
Apakah itu ujian Pap
Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat
awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum
menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang
merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa
tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya
peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan
ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan
hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
- Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
- Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
- Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang
mempunyai ramai pasangan seks.
- Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen
penyebab kanser)
- Perokok
- Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap
Smear.
Bagaimanakah ujian Pap
Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan
mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata
kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan
diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar
ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai
untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada
bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh
mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada
malam sebelumnya.
````````````````````````````
SALAM RAMADHAN UTK
KAWAN-KAWAN SEMUA…
SEMOGA ALLAH
MELANJUTKAN USIA KITA DAN MEMBERI KEAMPUNAN SEPENUHNYA UTK KITA…
AMINNNN…
..:: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan
yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri ::..




salam..saya pernah buat sekali,lepas lahirkan anak kedua,ingatkn sakit tp ok je..hehe
ReplyDeletetima kasih mama aryan sudi singgah sini ^_^ insyaallah bila free nanti saya buat kunjungan balas ye..
Deletetak sakit kan buat ni? ^_^
camne pakaian buat pap smear?
ReplyDeletepakaian biasa yang kita pakai tu je...
Deletemalu buat pap smear.kena tanggal panties dan baring dpn nurse tapi utk kesihatan tolak tepi malu tu
Deletebetul tu puan anon, mmg malu tapi utk kesihatan tolak tepi je kejap malu tu ^_^
ReplyDelete