Wednesday, October 5, 2011

naik bas

Pagi Khamis lepas, pas dapat tau arwah opah dah takde (masa tu ibu baru sampai ofis), terus kelam kabut ibu call adik ibu di KL mintak dia cuti n ambik ibu bawak ke ipoh… tapi pas berfikir 2 3 kali akhirnya ibu nekad nak naik bas je ngan anak2.. masa tu semua org dah tolong risau, blh ke ibu kawal anak2 sorang diri nanti… tapi hati ni dah nekad, belum cuba belum tau kan…tawakall jelah… Allah ada, insyaAllah takde apa2… dah nekad tu, terus call ayah, mula2 ayah tak bagi tapi pas ibu explain elok2, dia ok kan je… pastu ayah terus call kwn dia utk mintak tlg uruskn kami bertiga sampai kami selamat naik bas…

Opismate pon gelabah tgh ibu gelabah, siap risau boley ke ibu drive sendiri balik umah, ada yg offer nak hantar ke rumah, ada yg offer nak hantar ke stesen bas…terharu sgt2 ngan diaorg… tima kasih bebeh2 ku sekalian ^_^

Pas ambik anak2, terus balik umah capai barang2 mana yg nampak dpn mata, yang penting brg anak2 takleh tinggal… tukar baju anak2 siap2, main capai je baju kat ampaian, nak bukak lemari pon tak sempat rasanya…

Selesai je bkemas, kwn ayah pon sampai….. dia bgtau bas kul 11.30 je yg paling awal katanya…tiket pon dia dah beli siap2… sampai melaka sentral anak2 bukan main suka lagi sbb dpt naik bas, budak2 semuanya hepi2 je, makna kesedihan pun diaorg belum faham lagi…



Muka hepi dpt naik bas…

Ni sorang lagi..bukan main suka lagi…
Tgh babai uncle Faris, kawan ayah yg sangat2 baik hati tu…semoga Allah membalas segala pertolongan dia ^_^
Makan roti jelah ye anak2…ibu tak brani nak bawak korang turun… ibu paling takut kalo kakak nak membuang air besar…huhuhu… skali tu kakak “ibu kakak nak ber_k la” (buat muka tak tahan, dah nak terkeluarla konon)
“alamak kak, kakak tahan boleh tak??… kat atas bas takde tandas, camana kakak nak ber_k…” (muka cuak, muka blur… semua ada) huhuhu…
Dah tgk ibu dia ngelabah tak hengat donia, dak btuah tu start gelak2 ….
“takla, kakak tipu je, kakak taknak ber_k pon”… adohhhaiii… kakak mcm tau2 jek ibu punya isi hati takmo diaorg “membuang” dalam bas ^_^… hukhukhuk…..
Yg ni da start nak meneroka isi bas…
Sampai seremban, kakak dah tido… yang sorang lagi tu asyik ngacau kakak tido…
Takde org nak layan dia, sudahnya adik mintak nak susu stoberi cap gantung pastu terus tido..
Yeah…. Dua2 sudah belayar…senangnya hati..heheeeee…. dak lelaki kerusi sbelah tu pon tido, bolehla ibu snap gambar anak2…

Kul 5ptg kami selamat sampai… alhamdulillah..... tapi dah tak sempat dgn arwah opah…

sampai2 rumah semua dah ada……. nenek, atuk & adik2 ibu dari selayang pon dah sampai dulu…

~ semoga arwah mak tenang di sana…aminnnnnnnn…Al-Fatihah……..

No comments:

Post a Comment