Tuesday, September 6, 2011

projek masak2 juadah raye anak beranak ^_^

hari isnin 29 Ogos (hari masak ketupatla senang cite), kami anak beranak bertungkus lumus menyediakan juadah utk dimakan di pagi raya ^_^ pagi2 lagi paklong & ayah dah gi kebun mengerjakan ayam kampong nak buat rendang ^_^ adusssssss tak sempat nak tgk diaorg main kejar2 ngan ayam ^_^ tgk2 diaorg dah siap proses ayam dah….







7 ekor ayam kampong dah selamat dikerjakan ^_^
Ayah & paklong tgh memproses ayam ^_^
Dengan dibantu oleh anak2 manis ni ibu & maklong menyiapkan bahan2 utk buat rendang ^_^ abang yop menumbuk bawang siap pakai goggle lagi ^_^ hehee…
Baby Hanan & abg zahin sgt2la rajin… adoiihaiiiii ^_^ kakak pulak dah gi berperang ngan sepupu sepapat dia ^_^
Hanan tgh menjeling maksu sbb maksu suka ambik gambar dia sesuka hati ^_^
rendang ayam kampong maklong + ibu baru nak mendidih… yang bestnya daging ayam kampong ni tak bercerai berai time digodek2 tu, steady jek ^_^
Huhu teringat2 sampai ke hari ni…

Tiba2 teringat, dulu masa baru2 kawen, 1st time raya umah mertua, mak buat rendang tok, masa tu mak sihat lagi… skali je dapat rasa pastu mak dah sakit dan tak larat dah ke dapor…huhuhu..syahdu tak??? Syahdu tak??? ^_^ ngeeee…


------------------------------------



mlm raya tahun ni ayah, ibu & anak2 je yang ada depan mata opah& atuk sini, yang lain semua turn umah mertua masing2 ^_^ tapi dekat2 jelah, pagi raya pon boley datang je ^_^

lepas rendang masak, paklong anak beranak pon balik umah mertua dia kat Taiping ^_^ tinggalla kami 4 beranak je ngan atuk & opah ^_^

jadinya…. Jadinya juadah pagi raya sape nak buat ekk??? adussss…. Abisla menantu bongsu kesayangan mak kali ni ^_^ biasanya menantu bongsu mak tu tukang sepah2 je tgk kakak2 ipar main masak2, tukang tukar2 keje je, kejap kacau itu, kjap kacau ini, kejap lepak situ, kejap lepak sini… kali ni padan muka dia… nampaknya diala yg kena sediakan juadah pagi raya… auwwwwwwwwwwwwww…. Meowwwwwww ^_^

sib baik rendang dah siap, kalau dak, selamatla acik nak berkungfu kat dapor tu hah ^_^ lemang pon maklong dah tinggalkan siap2, beli je ngan jiran dia ^_^

malam tu lepas tidokan adik maka berkungfu la ibu di dapor sambil dibantu oleh kekanda terchenta ^_^ menunya of coz la yg paling senang di abad ini, mihun sup jek…. Aci tak???? Aci tak??? ^_^ hajat di hati nak buat soto tapi kekanda tak makan nasik impit tu, jadi terus je buat bihun sup ^_^

takpe… takpe… relax che semah… pelan2 kayuh… pasni che semah practice buat nasi yg bagai2 tu, yg hebat2 tu… tahun depan boley la try yg hebat2 lagi ^_^ (sambil berdoa dalam hati, tahun depan turn selayang le ^_^ selamat acik… hikhikhik )

jadiiiiiiiii… jadi tugasan pon dibahagikan… ibu siapkan kuah sup & sambal kicap… ayah siapkan air gula & rebus bihun… aci tak??? Aci tak??? ^_^ ngeee…….
Khusyuk tu org tu masak ^_^ sebelah tu ibu punya kuah dah siap… esoknya kena tambah lagi sebab kuah tak cukup ^_^ tak reti nak bahagikan bihun ngan kuah banyak2 mana ^_^
Kuah sup sedang dimasak ^_^ isinya daging ayam kampong & bebola ayam ^_^
Ibu punya kuah sup sudah setel ^_^ isi2nya dah tenggelam ke bawah… tinggal chicken ball je berenang2 ditepian tu ^_^ siap2 je terus bagi mak mertua rasa ^_^ hehee… yang penting mak kata “as selalu buat sup ke kat rumah? Sedappppppppp” … berani tak puji, meroyan menantu kesayangan mak ni, sape nak jawab??? ^_^ ngeeeeeeeee… I lebiu la mak ^_^ heheeee…
Ayah punya bihun pun dah siap… cantik tu kaler dia ^_^ pandai ayah kalerkn mihun ni... patutla anak2 minat mengaler ^_^ ikut prangai ayah ropanya ^_^
habit kat rumah… pegi mana2 pun wajib nak pegang penyapu… cayang ayah ^_^ tima kasih ayah ^_^
dak manje kakak pulak teman ibu depan tv jelah… ibu siap masak tgk dia dah lena diulit intan ^_^ sian dia malam raya sorang2 ^_^

Jadinya pagi raya kami tahun ni dihiasi juadah lemang, rendang, mihun sup & biskut2 raye… jadilah ^_^ yang penting syokkkkkkkkkkkkkknya raya ^_^

alhamdulillah ^_^

No comments:

Post a Comment