Friday, August 5, 2011

terawih & taucu ^_^

“ayah!!! bolehla kakak ikut ayah gi masjid”
“kakak nak sembahyang terawih ni”
“ayah sembahyang dgn boys ( ^_^ hehee), kakak sembahyang kat belakang langsir”
“Bolehla ayah… bolehla…..bolehla” - bab pujuk rayu bagila kat dia ^_^

“isk ibu tak pegi, kakak tak payahla pegi”


Olololooooo kesian dak ucuk tu takleh ikut ^_^
dah macam2 cara pujuk ayah nak ikut gi terawih ^_^ dia ingat dia dah sarung telekong siap2 ayah nak bawak dia la konon… takde maknanya ^_^

“kakak taknak lipat” - Terus bukak telekong campak kat sofa (muncung sampai telinga)

“bila kakak besar nanti, kakak taknak bawak ayah dgn ibu sembahyang terawih” – aiii ugut nampak…. Sekarang dah pandai ugut2 ibu & ayah bila dia besar nanti itu la, inil a… ayoyoooo ^_^



Ayah nak salam pon takmau ^_^ sikecik tu ok kalau kakak tak ikut… kalau kakak ikut siapla dia melalak ngan suara soprano pastu disudahi dengan esakan yang bertalu2 tanpa airmata … hebat adik blakon ^_^

---------------------------
Selingan di bulan ramadhan ^_^



selepas bertukar jadi tarzan kat dapur maka siapla sudah juadah berbuka petang semalam ^_^

sedikit letih jadi tarzan ni tapi hati banyak senang sbb ada org tlg cuci kereta ibu ptg semalam ^_^… macih…muahhhhhh ^_^

semalam try ikan masak taucu resepi dari blog kak ct delima …. biasa buat yang kuah cair tu je tapi kali ni tukar selera sekali sekala ^_^ kak ct punya ikan taucu nampak jelita & menggiurkan je tapi ibu punya dah tak nampak rupa ikan dah ^_^


Kalau petang ni sisa kerajinan ada lagi, nak try mengerjakan ayampenyet & daging masak merah pulak ^_^ … kalau malas kite gi bungkus ayam penyet kat tesco tu nak ayah ??? ^_^ ngidam sangat ni ^_^ ngeeeeee… berdasarkan kajian bulan puasa yg lepas2, hari cuti biasanya mood memasak ke laut ^_^



tepek sini resepi utk rujukan di masa hadapan ^_^
sumber dari blog http://www.sitidelima.com/
sumber asal dari buku resepi bonda

Ikan Masak Taucu



Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *
2 biji lada hijau *
4 biji cili padi *
1 camca kecil air asam jawa
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula2 camca besar sos tomato
1 senduk taucu
1 camca besar minyak masak
garam
(Bahan bertanda * - dihiris)


Cara-cara:


1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.
2. Sapukan sedikit garam pada ikan dan goreng hingga garing.
3. Angkat dan asingkan.
4. Masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan cili padi kedalam kuali yang digunakan untuk mengoreng ikan tadi.
5. Goreng dan balik-balikkan.
6. Masukkan pula air asam jawa, belacan, kicap manis, sos tomato, taucu, gula dan garam. Kacau hingga rata.
7. Setelah mendidih baru masukkan ikan.
8. Balik-balikkan selama beberapa minit dan setelah kuahnya likat matikan api dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba ya.

No comments:

Post a Comment