Friday, March 4, 2011

berpoya2 kat besday parti budak2..

Petang semalam pas balik keje, relax2 jap kat dalam umah sebelum ayah bawak dak manje bdua tu main2 kat luar… tibe2 jiran depan rumah (kak nor) dtg ajak makan umah dia malamnya pas maghrib… Majlis besday anak dia, buat utk budak2 je katanya..hehehe.. sebelum tu ibu dah siap keluarkan ayam dari freezer dah utk main masak2 nak makan malamnye… sudahnye simpan balik ayam tu… dengar je makan free, terus malas nak main masak2.. beli jelah utk makan ayah sorang heheeee… …

Jiran2 kat taman tu kebanyakkannya housewife, wat majlis besday anak pun siang hari waktu bekerja, tak dapatla ibu ngan anak2 join sama… balik keje tu biasanya diaorg bagi la pulut kuning & rendang utk kakak&adik rasa… kali ni kak nor wat malam, bolehla ibu ngan anak2 join =)..

Kakak menikmati keenakan mihun sup =)

Mak aii tomot ibu nih… makan sampai ke baju =)

Masa tgh makan tu, ibu nampakla anak2 kak nor tu dok snap gambar sana sini.. pastu dengarla dia panggil, talib pandang sini talib, 2 3 kali ulang ayat sama, ibu wat dek jelah kan, dengan kyusuknye sambung je makan.. pastu dengar dia panggil kakak pulak, sara pandang sini sara, eh2 dia nak ambik gambar kakak kot..hehehe.. ha betul pun.. tapi kakak biasala anti kamera, tak pandang pun.. pas snap gambar kakak, diaorg panggil lagi nama talib tu, tapi dok pandang kat adik… halamak diaorg panggil adik ler kot tadi, dok talib memanjang takde la ibu nak suh adik sengih2 pun..hehehee… bila dah conform talib tu adik, ibu pun sibuk2 la gaya-gayakan adik yg tomot dah tu…heheeee, nak tergelaknye, talibbbbbbbbbbbbbbb…heheeeeeeeee… talib pun talib la ye dik .. kekeke...

Zahin aka talib sedang menikmati keenakan kek besday kak farah =)

Kakak dah sudah makan… tak sabar nak main kat luar la tu =)

Kakak sibuk beratur nak ambik goodies =)

Dah dapat goodies tu kakak dah mula gelisah nak keluar, tgk semua geng dah main2 kat luar… siap gesa2 ibu suruh makan cepat2 dah, nak keluar sorang2 takut ibu marah ye sayang…

Nilah aktiviti budak2 ni kat luar…

Yg ni ratu pecut paya rumput nih… adoiiila, kalau jatuh ni dapat pakai blusher free ye kak..

Buah tgn dari kak nor…

No comments:

Post a Comment